Sunday, May 14, 2017

♡ EWAL & SUPERFRIENDS HANG OUT TIME ♡

Yeayyy!
Hang out
sebulan punya plan . eh kejap sebulan ek?
lupa dah haha .
kalau lupa means lama lah kot.

bila tengok bilangan yang pergi tu macam sedih je.
aku dah rasa hilang mood jugak memula .
tapi tapi tapi .
bila dengar EWAL sanggup adjust kan time mengajar student
kelas vokal dia ke satu date yang lain,
aku adalah sangat terharu . 
bermakna ewal sangat menghargai ESF wey . 
nampak tak pengorbanan tu ? 
padehal keluar bodoh bodoh je nih . 
EWAL boleh pulak anggap ESF tu paling penting . 
Rasa tak pengorbanan tu ? maybe aku je kot yang rasa .
bila dengar macam tu . 
mood hilang tadi jumpa balik .
dah macam tak sabar pulak nak jumpa .

punyalah eksaited nak beraktiviti tu ,
aku boleh terbangun awal . ingat dah lambat .
aku memang jenis macam tu hahaha.
setiap jam terbangun , aihh . 
lepas subuh tgk jam 
padehal nak gerak 11 pagi .
eksaited beboto .

11pagi ayah aku hantar ke KTM Nilai .
11.20pagi Tren sampai .
12.20 pm sampai sentral .
ronda sentral topup touch n go bagai .
naik lrt ke kelana jaya 12.45pm
sampai kelana jaya 1pm .
amik cab ( driver cab yang peramah ) terus ke Wisma FAM
1.15pm sampai Wisma FAM .
bukan pegi situ pun , pegi kedai makan depan tu . utk makan tgh hari .


■ WISMA FAM 



memandangkan aku terawal 15 minit dari time dijanjikan .
singgah cuci mata kat 7e dulu .
sekali ada adik manis tegur dari jauh .
Azz rupanya .
mesti dah sampai awalkan hehe.
orang JOHOR BAHRU dengan NEGERI SEMBILAN dah sampai .
Kami tunggu orang JAUH pulak belum sampai.
HAHAHHAHA.

MAMA myn Text suruh makan dulu .
TAkde idea nak makan apa .
sebab aku masih dalam MISI aku .
Azz makan nasi ayam .
SEDAPNYA nampak nasi ayam tu,
TAPI ..
Aku order Asam laksa je .
Boleh lah . Masin sikit . hahaha.

selang 20 minit . Mama dengan EWAL pun sampai .
Nasib EWAL tak salah org kan .
Kalau tak sesia kena cepuk kat BF ke LAKI org tu .
Kahkahkahkah .
kami sembang sembang sambil tunggu BELL dan Fendy .
selang 20 minit BELL pulak sampai .
Dia tak sihat pun masih mampu luangkan masa tuh , salute!
selang 15minit Fendy pun sampai .
hah! Soalannya . 

"Berapa lamakah masa yang diambil oleh Azz dan Aimi menunggu mereka?" 
dan Berapa orangkah yang mengikuti aktiviti pada hari ini?
haha ,
tak payah kiralah . kami tunggu seratus tahun pun kami sanggup .
nampak tak beli jiwa?
hahaha.


Kami makan makan sambil decide nak pegi mana .
1st planning -Bowling/karaoke/makan makan
2nd Planning -Bukit Cerakah/rumah 4musim/basikal
3rd Planing - Bowling/movie/suara academy .

2.45pm dari Restaurant depan WISMA FAM kami gerak ke ONE UTAMA .
terima kasih fendy bagi akak tumpang kereta .
bersih kereta dia . tak macam kete aku ,
Hahahha .

■ "ONE UTAMA" 

kami pilih 3rd planning tu .
kita bersukan bowling riang ria .
Lama gila den tak main bowling , kenapa asyik longkang je .
paling tak boleh blah dulu aku boleh angkat bola no 13 .
sekarang bola no 9 pun terhuyung hayang.
maka aku dah sama dengan dorang . Bola no 8 je boleh baling .
kahkahkahkah .



tapi tangan lama tak adjust kot asyik longkang je .
champion bowling kita semalam sape lagi kalau tak Wakil dari Johor Baharu .
Azz main selamba2 je pun point 110 mata .
ada orang tu main beriya 95 mata je . 
kehkehkeh . siapa ek ??
aku? aku cukup lah 54 mata . saje kasi adik adik menang .
padehal dah kalah teruk tu .
sejam jugak habis dekat bowling tu .
enjoy2 sangat oii lama tak mengila gila dengan bell .
gumbira sakan memasing .
lagi gembira tgk bola masuk longkang .
heppi sgt . cari gaduh betul bola tu .

habis bowling kami jalan2 .
cuci mata .
Aku dengan si Bell asyik membebel je sepanjang jalan .
Hahaha .
Azz terpaksa redha ek .
biasalah bukan selalu jumpa .
walaupun hari hari berwasap tapi tak sama bila berjumpa .

 SUARA ACADEMY 

Mama dengan EWAL ajak pegi Suara Academy.
Mama cakap "Aimi dengan Azz belum pernah pergi sana kan?"
jom mama dengan Ewal bawak .
Perghh Eksaited gila weyh . 
selama ni aku usha suara academy tu dalam IG Story EWAL je .
Aku jenis suka karaoke ni . 
Penah lah dulu konon nak masuk kelas VOKAL .
bila dorang nak bawak aku pergi sana tu .
memang eksaited jugaklah .
nak tengok dengan mata sendiri .
dari OU aku naik kereta dengan fendy ke Neo damansara (Suara Academy)

Fendy dah pernah pergi sana.
jadi tak risaulah kalau tak konvoi dengan ewal.
kawasan dah sampai .
CUMA ........
Block je salah . Bhahahahahaa .
Tapi aku suka fendy ni dia jenis yang tak patah semangat mencari .
setiap kedai dia cari signboard .
kami siap masuk parking basement yang sangat menyeramkan .
Akhirnya jumpa jugak ,
kawasan dah betul . lorong je salah .


YEAYYY FINALY .



Tadaaaa , Best oii , sebijik macam Studio Diari AF tu .
Ada assemble music stage berlatar belakangkan cermin.
ruang kecil tapi nampak luas ,
 tenang je . bersih pulak tu . 
dengarnya EWAL sendiri setiap kali sampai sana EWAL lah yang bersihkan . 
Lap cermin,mop lantai,sapu sampah . Wahh bakal suami rebutan ni .

EWAL bawak masuk bilik latihan vokal dia .
berdindingkan kaca dengan dihiasi wajah barisan artis terkenal tu .
salah satu yang aku kenal Tan Sri P.ramlee .

 KELAS VOKAL 
Menarik bilik vokal tu .
siapa yang study situ memang korang akan lebih selesa lah.
ada privacy . setiap bilik aku usha kehkehkeh .
suasana kelas vokal lebih kurang "Yamaha music school aku dulu"
Tapi yang ni pattern studio baru . memang selesa baq hang lah .
korang yang dekat dengan Suara academy @ Neo Damansara tu
 tak rugilah kalau korang nak asah bakat korang kat sini . 
rasa kalau naik tren pun ada MRT berhampiran . 
Tak silap MRT Mutiasa Damansara . 
Boleh je yang mana area KL tu nak pegi . lps tu amik grab car . 
dalam 10minit sampai lah .

■ KELAS GITAR 




Sempatlah tanya selain blajar vokal apa lagi yang best kat situ ,
EWAL bagitau ada kelas gitar  . 
kelas gitar dia special . 
tenaga pengajar akan ajar cara pegang kord terus . 
kalau kord C . 
tenaga pengajar akan tunjuk cara pegang KORD C .
aku dulu belajar gitar kena masuk kelas teori dulu 2 minggu . 
diajar cara nak pegang kord mengikut bacaan teori . 
memula bosan sikit . haha . 
aku ni jenis yg nak main gitar terus boleh main lagu .
 aku kurang nak teori2 ni . 
tapi pastilah ada teori jugak untuk melayakkan student keperingkat seterusnya .

■ PERFORMING ARTS 

Guru guru kat situ ajar cara2 nak beraksi depan
 khayalak ramai , entertain penonton , 
komunikasi dengan penonton , yang ni penting tau . 
maybe jugak ajar cara hilangkan 
darah gemuruh bila berada atas stage .

Apa macam best tak? of course best .
dah lah tenaga pengajar kat situ star star wey .
semua ada nama lah .
Mark adam . yang pemes lagu katak dia dulu tu .
Amir jahari lagu penghibur jalanan yang santai2 tu .
Adeep nahar - duet dengan isma af lagu Yaiyalah tu .
EWAL -  dia punya kelebihan aku boleh cerita banyak sikit .

■ EWAL 
Biography
Stage Name : EWAL / IQWAL

Age : 25 years (16 April 1992)



PROFESSION:

★ World Class Entertainer / Singer


★ Album Producer, Composer & Songwriter (Recorded his 3rd album ‘IQWAL~Made In Hollywood’ in Hollywood, Los Angeles, U.S)

AWARDS


★ The Winner Of ‘The Best International Artiste Awards’ in World Best New Talent, KODAK Theatre, Hollywood, Los Angeles,U.S

★ The Winner Of ‘Hollywood Industry Award’ in World Championship Of Performing Arts,

Hollywood, Los Angeles, U.S



★ The Winner of 4 Gold Medals & 1 Silver Medals In World Championship Of Performing Arts,
Hollywood, Los Angeles, U.S

★ The Winner Of ‘The Most Promising Artiste In ASEAN’ in ASEAN Golden Melodies 2011
in Ho Chi Minh City, Vietnam

★ Iqwal recognized by MALAYSIA BOOK OF RECORDS for being ‘The First Artiste To Record 1 Malaysia Album In 6 Languages’

★ ANUGERAH KHAS REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ICON & MENTOR)
The Ministry Of Youth & Sports Malaysia

Lepas lepak kat SUARA ACADEMY
masa untuk pulang pulak .
aku je yang kena balik .
sebab aku nak balik Negeri sembilan .
dorang orang subang jaya boleh sambung dinner plak.

Fendy hantar aku kat MRT mutiara damansara .
Hardcore betul rasanya bila turun kereta kat tengah jalan .
sebab fendy kata dia nak menyimpang arah lain .
time jem susah nak berhenti turunkan aku .
walaupun aku macam rasa tak yakin je nak turun .
aku turun jugak . thanks fendy tumpangkan sana sini sinun .
next time jumpa lagi .

tak sempat nak salam mama & semua .
semoga jumpa lagi .
Aku dari MRT mutiara damansara nak ke klsentral .
naik ke kaunter MRT tanya staff sana .
staff suruh turun kat MRT pusat bandar
damansara . amik bas terus ke klsentral .
Aku pikir balik .
nak kena turun amik bas lepas tu nak
 bas pulak dalam keadaan KL agak jem tu .
aku tak rasa 15 minit boleh sampai .

Jadi aku gerak macam bell cakap .
ke arah MRT sg buloh .
memang sah sah ada ktm terus ke KLsentral .
tapi bila sampai KTM sg buloh . menyedihkan pulak .
kena tunggu lebih kurang
1 jam 20minit lagi tren sampai .
itu pun tren ke pelabuhan klang .
bukan ke seremban .
pikir balik . kalau kena tunggu 1jam 20 minit
lepas tu kena turun klsentral pulak .
kena tukar tren lagi . masa tu pun dah 8.10mlm .
takkan nak sampai nilai pukul 12 malam?
mengamuk pulak abah den .

so bijak sikit lah walaupun agak mahal .
cari cab . bila cakap nak pegi klsentral je semua tanya .
 KTM tak boleh ke?
kalau boleh aku tak lah naik cab .
semua cab tak nak hantar .
serius sedih aku aihh .


bila teringat pasal bell cerita app grab car tu .
 saje2 lah test luck .
explore je . sekali tu dapat jugak hubungi grab car .
alang-alang 6 minit lagi dia sampai ke tempat aku tu ,
baik je driver tu . Bangsa cina .
lagi bagus budi bahasa dari pemandu teksi
 aku jumpa tadi , 20minit dia hantar aku
ke klsentral . sepanjang perjalanan borak je .
haha . grab car honda city weyh . berbaloi lah dgn harganya ,
terima kasih en grab car .

8.50 malam sampai aku kat klsentral .
berlari lari lah ke ktm arah seremban .
9.20 malam tren arah seremban sampai .
alhamdulillah 10.20 malam sampai nilai .
mintak abah aku amik . tak berani nak balik sendiri .
time macam tu nilai sentral dah sunyi sepi .
balik balik je explain kat parents . sebab takut dorang marah .
dorang tak marah cuma risau je .
fuhh lega wey sampai rumah .




Terima kasih EWAL belanja minum .
Terima kasih Mama myn tak pernah jemu 
realisasikan aktiviti untuk ESF .
Terima kasih fendy tumpangkan kereta untuk kesana kesini .
Terima kasih BELL dan Azz mengamatkan lagi suasana . 
korang sangat sporting dan supportive . 
salute Azz datang dari Johor baharu . Next time kita jumpa lagi .


Saturday, April 22, 2017

♡ Ewal's 25 th Birthday Bash ♡

               


Selamat hari lahir ewal yang ke 25 . Dah besar dah awak sekarang ye . Kenal ewal ni dari usia 15 tahun lagi . Omaigaadd 10 tahun dah kan . Dia pun dah dewasa sekarang . Aku ?? Opkos muda sepanjang masa . 🤣

Untuk attend birthday bash dia ni aku memang sangatlah risau . Risau ?? Sebab apa ?? Sebab aku tak tahu area sana . Macam mana nak pegi ? Naik apa? Dengan siapa? Balik nanti macam mana ? Sebulan aku pikir pasal hal ni je . Hahaa .

On the day . Nasib ada member plan nak pegi sekali . Yeayy ada geng . Ada faraa ain . Geng dan adik yang tiga suku . Haha . Piqa new friend . Adik adik lagi . I feel muda bila disamping mereka . Terasa macam awal 20an pulak . Walaupun dah awal 30an . 😄

Kami plan kumpul kat klsentral . Ain naik lrt dari wangsa maju . Piqa naik ktm dari ukm . Aku naik erl dari salak tinggi . Aku dengan ain dah sampai awal . Piqa je lambat sikit . Ktm biasalah gedik sikit waktu sampainya . Anith?? Tak sampai sampai . Sampailah majlis berakhir . Tak sampai sampai . Haha .


Klsentral ke kota damansara . (Eh betul ke? Hentam je lah . Lupa dah haha) rupanya lrt ni sambungan kelana jaya . Lama gila tak lalu kj . Dah bersambung lagi rupanya lrt tu . Dulu aku study lrt sampai kj je . Naik bas lah pegi kolej blkg giant kj tu . Dari lrt damansara naik teksi ke monteraz . Adalah dalam 30minit perjalanan . Sampai sana jam 1.20pm . Wahh berdebar2 plak rasa hati ni . Kenapa eh . Haha . 1st time kot jumpa lepas beberapa tahun senyap ni . Haha .
Majlis ni buat kat monterez golf & country club . Buat pertama kali nya aku sampai kat sini . Kalau tak ade lagi 2 geng aku tu memang melingkup lah aku kat lrt tu tak tahu jalan 

Cantik kawasan golf club ni . Mewah gila aku rasa . Yela aku kan orang kampung je . Masuk tempat camni memang bataklah jadinya . 😂

Setiap peminat yang nak join . Diwajibkan membayar rm50 utk makanan . Tapi apa yang aku dapat dan nikmati . Aku tak rasa RM50 tu cukup untuk sewa sebuah dewan yang agak luas . Agak2 ewal dan family ke yang laburkan wang tambahan?? Terharu gilaa kot .

Setiap barang yang sponsor berikan juga adalah sangat awesome . Gigil nak bukak kotak yang sponsor berikan . Tgk harga . Mak aii . Aku biasa beli stok pasar malam je . Ini pulak dapat sponsor besar besar . Kagum dan sangat terharu.

Sepatutnya kita bagi birthday boy hadiah . Ni birthday boy pulak perhabis itu ini nak bagi kat peminat . Rugilah siapa yang tak pegi majlis ni . Kalau dikirakan jumlah yang kami dpt dari sponsor sponsor dalam RM500 kot . Kena bayar rm50 tapi barang dpt dlm jumlah tu . Gilaa untung weyy . Penuh beg aku kiri kanan bawak goodies beg . Macam balik bershopping . 😂

Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan nyanyian dari Birthday boy kita . EWAL . sedapnya suara dia , Lunak merdu . jauh sekali dari aiman tino . Haha .

Selain performing dari EWAL . ada Game untuk Peminat . 

¤ Tiup dan pecahkan belon secara kerjasama .

¤ Music Chair

¤ susun barang paling panjang

¤ ESF idol

¤ Dance ▪Pocco pocco▪ Cha cha▪

■ PHOTO ■


MERINGUE COOKIES BY NONAQOOQIES
📳 Mobile : 012 5970799
syazz,nad,fendy
Piqa , Mama myn , Aku , Naz , Azz, Myra, Bonda, Kak liza
Bell , Ewal & Ain
(maaf pada yang tak ingat nama . Insyallah 2nd meet ingatkan lagi)


Hyee Mama !, ni aku bergambar dengan bakal mak mertua korang .
Korang agak agak bakal mak mertua korang ni umur berapa ? 
mama yang sangat gorgeous .
nampak sebayakan dengan aku ? aku dah 50 dia baru 30 . 
hahaa . melampau . 


Ini aje termampu nak sponsor .
Si kecil molek magnet peti ais dan homemade rainbow cookies .
 aku buat sendiri tau . bukan kedai buat ye . Aku masak dari hati with iman tau  ♡
Aku sangat tertarik dengan gambar ni . 
pehal nampak kurus plak aku nih .
pandai shade amik angle bagi hakak nampak slim kan , 
bahahaaa


Sesi penyerahan Birthday card , 
1st time aku buat minion version . 
tapi budak minion kat rumah aku tu dah ranapkan.
so aku buat satu lagi.
 last minit card . 
jenis cacamarba kad . 
tapi dari jauh macam cantik plak . 
dari jauh lah . dari dekat tak selera aku tengok kad tu . 
aku tak kisah kalau ewal tak simpan . 
sebab aku pun tak rasa aku akan simpan sebab tak lawa langsung . 


Yeayy kami menang! eleh tempat ke 2 je . 
bila kau main game tiup dan letup belon . 
ko dapat plak partner yang ada phobia case dengan belon .
ko bacalah mantera apa apa janji belon tu pecah . hahaa

kami dapat hadiah MACARONS BY SWEET ASTALAVISTA

📳 Mobile : 018 5711683


DAN

MARSHMALLOW BY HANA GIFT PENANG

📳 Mobile : 0189459247


Ini para para tulang belakang majlis . (orang pangkal)
aku tulang apa pulak ? aku jenis curik tulang je . 😎
"Syazz , Naz , Kak liza , Bonda , Azz dan Nad"


Muka muka sebelum kena sondol dgn fendy . 
dorang semua kalah sebab fendy 😅
satu satu jejaka yang masih ada . yang lain semua mereput .



Birthday boy potong kek . cantik cantik dan nampak sedap .
tapi sayang . aku tak nak merosakkan misi aku haha . sebab aku baru merosakkannya dengan 20% kerosakkan dari juadah yang disediakan . lagi lagi Cream puff yang berhantu . makan sebijik terngiang ngiang nak lagi sebijik . lepas tu nak lagi dan lagi . adoii menyesal betul makan . hahaha. 


Muka senyum senyum sebelum masing masing bermask kek . 


Mula dah taktik nakal dorang ni . jangan nak horrey horrey sangat .
sebab dengan aku pun dicalitnya sekali . 
puas hakak elak elak . kontrol ayu . tak semena mena kena jugak.


Ewal mempersembahkan selagu dua .


The bebel friends . haha hye bell . 
geng aku lebih kurang 1 dekat ni ,
Dari myspace ke facebook ke whatsapp .
yang belakang tu almost 7 year kenal . kuat cari gaduh jugak tu .
aku biasalah kuat sentap . muka garang hati tisu . comelkan .

Senior dan Junior
ISF "IQWAL SUPERFRIENDS"
TO
ESF "EWAL SUPERFRIENDS"

K ■ A ■ M ■ I

IQWAL SUPERFRIENDS (2007 - 2013)
EWAL SUPERFRIENDS (2014 untill now)
"BELL , FENDY , AIN dan Saya"

Posse aku paling mengedik buat korang sakit hati.

Rugi siapa tak pegi . Ewal tolong pakaikan kot . perghh . melting kejap .
CRYSTAL BRACELET BY GALLERY NOMI
Website : https\://gallerynomi.blogspot.my
Instagram : https\://www.instagram.com/gallerynomi/?hl=en
Mobile : 0123 555 200
Office : 603 5885 4714
Email : empirestudio88@gmail.com

Gelang ni dibuat Khas oleh Ibu kepada EWAL untuk semua ESF yang hadir . 
(Terima kasih mama hadiahkan gelang ni pada ESF . pegi mana mana pun tak pernah tinggal lagi . cuma gelang ni makin longgar je . eleehh konon )

Majlis penyerahan goodies dari sponsor sponsor yang menaja majlis Birthday EWAL yang ke 25 . Terima kasih kepada semua sponsor sponsor yang bermurah hati memberikan produk produk anda sebagai hadiah buat kami . kami amat hargainya . semoga Bisnes anda berkembang maju . Produk anak anak tempatan memang terbaik . 

Dalam beg goodies tu kami dapat semua barang barang yang sponsor berikan pada kami secara percuma . jom nak share apa yang kami dapat . yang tak pergi haritu jangan gundah gulana ya . haha . bakar line kejap . !

1.

CRYSTAL BRACELET BY GALLERY NOMI

Website : https\://gallerynomi.blogspot.my
Instagram : https\://www.instagram.com/gallerynomi/?hl=en
Mobile : 0123 555 200
Office : 603 5885 4714
Email : empirestudio88@gmail.com



2. 
BANQUET DECO, HELIUM BALLOONS & 2 BIRTHDAY CAKES 
BY LOVE HANA SURPRISE PLANNER
IG : https\://www.instagram.com/p/BS8ASCYj-60/?hl=en
FB : https\://m.facebook.com/lovehanasurpriseplanner/
Mobile : 012-276 6281

3. 
MERINGUE COOKIES BY NONAQOOQIES
IG >> https\://www.instagram.com/nonaqooqies/?hl=en
Mobile : 012 5970799

4. 
CHOCOLATE BOUQUET BY SHEELA BIRTHDAY SURPRISE
IG : https\://www.instagram.com/sheela_birthdaysurprise/?hl=en
FB : https\://m.facebook.com/sheela.taquila?fref=ts
Mobile : 017-6620226

5. 
POPCORN BY GOODIES HOUSE
IG : https\://www.instagram.com/the_goodies_house/?hl=en
Mobile : 018 315 0264

6. 
MACARONS BY SWEET ASTALAVISTA
IG : https\://www.instagram.com/macarons_sweetastalavista/?hl=en
Mobile : 018 5711683

7. 
QIESYA PERFUME 
FB : https\://m.facebook.com/LUBOKBORONGTERMURAH?slog=37419&seq=1251445350&rk=0&st=user&fbtype=2048&tsid=0.05803987177242076&fref=search -

IG : https\://www.instagram.com/qiesyaglobal/?hl=en
Mobile : 0193072328

8. 
MIXED PEANUTS BY BAYUNI SIMPLY DELICIOUS DOORGIFT
IG : https\://www.instagram.com/bayuni_simply_delicious/?hl=en
FB : https\://m.facebook.com/bayunisimplydelicious/
Mobile : 018 2022511

9. 
HOMEMADE CHOCOLATE BY SWEET LI'L OVEN
IG : https\://www.instagram.com/sweetliloven/?hl=en
FB : https\://m.facebook.com/sweet.liloven?fref=ts
Mobile : 013 6015584

10. 
TUXEDO BIRTHDAY CAKE BY IRA BAKERI
FB https\://www.facebook.com/zirawati.abdulaziz?ref=ts&fref=ts&__nodl 
Mobile : 0123481103

11. 
POPIA DESSERTS BY YANALICIOUS
IG : https\://www.instagram.com/yanalicious_popia_desserts/?hl=en
Mobile : 0123012649

12. 
KUIH TIRAM ASLI
IG : https\://www.instagram.com/kuihtiramasli/?hl=en
FB : https\://m.facebook.com/kuih-tiram-asli-247676282037016/
Mobile : 01133339350

13. 
MARSHMALLOW BY HANA GIFT PENANG
IG >> https\://www.instagram.com/hanagift_penang/?hl=en
FB >> https\://m.facebook.com/FAHanaCo
Mobile : 0189459247

14. 
ORGANIC TUMERIC MASK BY AYER JAMU ZALEHA OFFICIAL
IG >> https\://www.instagram.com/ayerjamuibuzalehaofficial/?hl=en
Mobile : 0136802040

15. 
SERUM FOUNDATION BY INFINITY MULUS
Instagram : http\://www.instagram.com/infinity_mulus
FB : https\://www.facebook.com/infinitymulushq/?ref=ts&fref=ts
Mobile : 01123636369

16. 
HIJAB HAIR SPRAY BY GQUEEN
IG : https\://www.instagram.com/bygqueen/?hl=en
FB : https\://m.facebook.com/bygqueen
Mobile : 0173344367

17. 
ENTRANCE BANNER

IG : https\://www.instagram.com/signboard87/?hl=en
Email : laensign87@gmail.com
Office : 077715527
Mobile : 0127548057 (Mohd Suhaimi)

18. 
Fridge Magnet & Rainbow Cookies By Aimi Kahar

19. 
Brownies Cake By Noor Sharon Mohamed


20. 
 Button Badge By Bonda Zee

21. 
Birthday Fridge Magnet By Sitirazkiah Arifin

22. 
Emoji Pen By Nadia

23. 
Bouquet Of Roses By Syaz Roslani

24. 
Paper Bag & Sticker Poster By Wan Syafuri

25. 
PA System By JAS Entertainment





Antara photo dan gambaran di majlis sambutan hari lahir ewal yang ke 25 yang lalu .
Maaf lah kalau tak semua gambar yang ada . kalau letak semua gambar . memang full entry agaknya . pada sesiapa nak tengok photo yang lain lain boleh ke FB ini ya .
Myn Khairuddin-Rusman

Search