RESEPI KIMBAB (KOREAN CUISINE)

Punyalah terpengaruh aku dengan tekak adik adik aku, 
Diyana dan Eleena. pakat makan korea food bagai.
itu hari makan di food court ioi mall Putrajaya
satu bekas RM 11.90 tak silap.
ade dalam 10 ketul jugak
siap garnishing bagai. kobis dengan mayonaise

sekarang ni sampai aku berminat nak buat sendiri.
sebenarnya sewaktu bekerja sebagai pembantu chef 
di salah sebuah hotel terkemuka 
suatu ketika dahulu. 
Pernah lah belajar cara-cara nak buat sanak saudara Sushi ni.
Atau yang ni Gimbab Aka Kimbab (Korean food).
lebih kurang Japanese food jugak.

Modal buat Gimbab ni dalam RM6 je tau.
selagi ko boleh berjimat.
sila lah berjimat.
jom nak ajar korang semua berjimat sambil mengketedarah.
sesekali korang kena ade skill buat sendiri okey.
puas hati dan harga pun berbaloi.




KIMBAB (KOREAN CUISINE)





NASI
2 Senduk Nasi putih (saya guna Beras Wangi Naga Mutiara)
1 Sudu besar Cuka
1 Sudu kecil Minyak bijan
1 Sudu besar rata Gula


SAYUR
Lobak merah di potong julienne
Timun di potong julienne


TELUR DADAR
1 biji telur
Sedikit minyak bijan
Sedikit lada hitam
Sedikit garam


FILLING
Crab meat di potong julienne
Telur dadar di potong julienne

Seaweed (layukan sekejap)
Sushi mat (Tikar)

Cara:

1. Lobak,timun  (saute sekejap dengan minyak bijan+garam+lada hitam).

2. Crab meat di panaskan sekejap.

3. Gaulkan nasi bersama cuka, minyak bijan dan gula.

4. letakkan  seaweed di atas permukaan  sushi mat. ratakan nasi putih dan tekan utk 
    padatkan sedikit.

5. Susun lobak merah , timun di atas nasi yg telah diratakan di ikuti dengan crab meat
    dan  telur dadar yg telah di potong julienne tadi.

6. Gulung dan padat padatkan sehingga menjadi seperti bentuk Silinder.

7. Untuk mengelakkan gimbab pecah. Gunakan pisau yang tajam untuk memotongnya.

8. Sedia di hidangkan.


filling tu sebenarnya korang boleh letak " sausage,lobak jeruk,daging,bayam" dan apa2 korang rasa korang suka..boleh letak...tapi Makesure korang letak 4 jenis je dlm bungkusan nasi tu. kalau byk2 sgt nanti mudah pecah. payah nak bentukkan. nanti akan jadi punah ranah. cara potong biar memanjang. senang nak susun. Gimbab korang akan kemas je bila di potong potong nanti.

Nasi putih. yang ni pun makesure gunakan beras wangi. Kalau resepi asal. pakai beras sushi "Sumo, Sushi rice dan sebagainya" tapi kita nak follow tekak rakyat malaysia terutama Melayu ni. Korang gunakan beras Wangi. Memang sedap...tak kisah beras wangi cap apa pun. Jenama jasmine, Sakura, faiza dan apa2 aje beras wangi memang sesuai, sebab beras wangi ni jenis lebih berkanji. Saya gunakan beras yg biasa parents saya masak lah. "Beras Wangi Naga Mutiara" cedok aje dari periuk nasi mak tu haha...

last nak pesan. masa menggulung tu PASTIKAN seaweed korang jangan basah. kalau tak memang payah nak gulung. korang just layukan sikit seaweed tu..jangan pandai2 pegi goreng plak. tujuan layu tu untuk lembutkan sikit seaweed tu. kalau tak korang makan rasa mcm gigit kertas carbon typewriter tu je. :P

Kepada yang sudah mencuba resepi ni. korang share lah gambar Gimbab korang nanti ye. nak tau jugak menjadi ke tidak korang buat. sekiranya gimbab korang pecah. itu perkara biasa bila pertama kali mencuba. 



Comments