Sunday, May 14, 2017

♡ EWAL & SUPERFRIENDS HANG OUT TIME ♡

Yeayyy!
Hang out
sebulan punya plan . eh kejap sebulan ek?
lupa dah haha .
kalau lupa means lama lah kot.

bila tengok bilangan yang pergi tu macam sedih je.
aku dah rasa hilang mood jugak memula .
tapi tapi tapi .
bila dengar EWAL sanggup adjust kan time mengajar student
kelas vokal dia ke satu date yang lain,
aku adalah sangat terharu . 
bermakna ewal sangat menghargai ESF wey . 
nampak tak pengorbanan tu ? 
padehal keluar bodoh bodoh je nih . 
EWAL boleh pulak anggap ESF tu paling penting . 
Rasa tak pengorbanan tu ? maybe aku je kot yang rasa .
bila dengar macam tu . 
mood hilang tadi jumpa balik .
dah macam tak sabar pulak nak jumpa .

punyalah eksaited nak beraktiviti tu ,
aku boleh terbangun awal . ingat dah lambat .
aku memang jenis macam tu hahaha.
setiap jam terbangun , aihh . 
lepas subuh tgk jam 
padehal nak gerak 11 pagi .
eksaited beboto .

11pagi ayah aku hantar ke KTM Nilai .
11.20pagi Tren sampai .
12.20 pm sampai sentral .
ronda sentral topup touch n go bagai .
naik lrt ke kelana jaya 12.45pm
sampai kelana jaya 1pm .
amik cab ( driver cab yang peramah ) terus ke Wisma FAM
1.15pm sampai Wisma FAM .
bukan pegi situ pun , pegi kedai makan depan tu . utk makan tgh hari .


■ WISMA FAM 



memandangkan aku terawal 15 minit dari time dijanjikan .
singgah cuci mata kat 7e dulu .
sekali ada adik manis tegur dari jauh .
Azz rupanya .
mesti dah sampai awalkan hehe.
orang JOHOR BAHRU dengan NEGERI SEMBILAN dah sampai .
Kami tunggu orang JAUH pulak belum sampai.
HAHAHHAHA.

MAMA myn Text suruh makan dulu .
TAkde idea nak makan apa .
sebab aku masih dalam MISI aku .
Azz makan nasi ayam .
SEDAPNYA nampak nasi ayam tu,
TAPI ..
Aku order Asam laksa je .
Boleh lah . Masin sikit . hahaha.

selang 20 minit . Mama dengan EWAL pun sampai .
Nasib EWAL tak salah org kan .
Kalau tak sesia kena cepuk kat BF ke LAKI org tu .
Kahkahkahkah .
kami sembang sembang sambil tunggu BELL dan Fendy .
selang 20 minit BELL pulak sampai .
Dia tak sihat pun masih mampu luangkan masa tuh , salute!
selang 15minit Fendy pun sampai .
hah! Soalannya . 

"Berapa lamakah masa yang diambil oleh Azz dan Aimi menunggu mereka?" 
dan Berapa orangkah yang mengikuti aktiviti pada hari ini?
haha ,
tak payah kiralah . kami tunggu seratus tahun pun kami sanggup .
nampak tak beli jiwa?
hahaha.


Kami makan makan sambil decide nak pegi mana .
1st planning -Bowling/karaoke/makan makan
2nd Planning -Bukit Cerakah/rumah 4musim/basikal
3rd Planing - Bowling/movie/suara academy .

2.45pm dari Restaurant depan WISMA FAM kami gerak ke ONE UTAMA .
terima kasih fendy bagi akak tumpang kereta .
bersih kereta dia . tak macam kete aku ,
Hahahha .

■ "ONE UTAMA" 

kami pilih 3rd planning tu .
kita bersukan bowling riang ria .
Lama gila den tak main bowling , kenapa asyik longkang je .
paling tak boleh blah dulu aku boleh angkat bola no 13 .
sekarang bola no 9 pun terhuyung hayang.
maka aku dah sama dengan dorang . Bola no 8 je boleh baling .
kahkahkahkah .



tapi tangan lama tak adjust kot asyik longkang je .
champion bowling kita semalam sape lagi kalau tak Wakil dari Johor Baharu .
Azz main selamba2 je pun point 110 mata .
ada orang tu main beriya 95 mata je . 
kehkehkeh . siapa ek ??
aku? aku cukup lah 54 mata . saje kasi adik adik menang .
padehal dah kalah teruk tu .
sejam jugak habis dekat bowling tu .
enjoy2 sangat oii lama tak mengila gila dengan bell .
gumbira sakan memasing .
lagi gembira tgk bola masuk longkang .
heppi sgt . cari gaduh betul bola tu .

habis bowling kami jalan2 .
cuci mata .
Aku dengan si Bell asyik membebel je sepanjang jalan .
Hahaha .
Azz terpaksa redha ek .
biasalah bukan selalu jumpa .
walaupun hari hari berwasap tapi tak sama bila berjumpa .

 SUARA ACADEMY 

Mama dengan EWAL ajak pegi Suara Academy.
Mama cakap "Aimi dengan Azz belum pernah pergi sana kan?"
jom mama dengan Ewal bawak .
Perghh Eksaited gila weyh . 
selama ni aku usha suara academy tu dalam IG Story EWAL je .
Aku jenis suka karaoke ni . 
Penah lah dulu konon nak masuk kelas VOKAL .
bila dorang nak bawak aku pergi sana tu .
memang eksaited jugaklah .
nak tengok dengan mata sendiri .
dari OU aku naik kereta dengan fendy ke Neo damansara (Suara Academy)

Fendy dah pernah pergi sana.
jadi tak risaulah kalau tak konvoi dengan ewal.
kawasan dah sampai .
CUMA ........
Block je salah . Bhahahahahaa .
Tapi aku suka fendy ni dia jenis yang tak patah semangat mencari .
setiap kedai dia cari signboard .
kami siap masuk parking basement yang sangat menyeramkan .
Akhirnya jumpa jugak ,
kawasan dah betul . lorong je salah .


YEAYYY FINALY .



Tadaaaa , Best oii , sebijik macam Studio Diari AF tu .
Ada assemble music stage berlatar belakangkan cermin.
ruang kecil tapi nampak luas ,
 tenang je . bersih pulak tu . 
dengarnya EWAL sendiri setiap kali sampai sana EWAL lah yang bersihkan . 
Lap cermin,mop lantai,sapu sampah . Wahh bakal suami rebutan ni .

EWAL bawak masuk bilik latihan vokal dia .
berdindingkan kaca dengan dihiasi wajah barisan artis terkenal tu .
salah satu yang aku kenal Tan Sri P.ramlee .

 KELAS VOKAL 
Menarik bilik vokal tu .
siapa yang study situ memang korang akan lebih selesa lah.
ada privacy . setiap bilik aku usha kehkehkeh .
suasana kelas vokal lebih kurang "Yamaha music school aku dulu"
Tapi yang ni pattern studio baru . memang selesa baq hang lah .
korang yang dekat dengan Suara academy @ Neo Damansara tu
 tak rugilah kalau korang nak asah bakat korang kat sini . 
rasa kalau naik tren pun ada MRT berhampiran . 
Tak silap MRT Mutiasa Damansara . 
Boleh je yang mana area KL tu nak pegi . lps tu amik grab car . 
dalam 10minit sampai lah .

■ KELAS GITAR 




Sempatlah tanya selain blajar vokal apa lagi yang best kat situ ,
EWAL bagitau ada kelas gitar  . 
kelas gitar dia special . 
tenaga pengajar akan ajar cara pegang kord terus . 
kalau kord C . 
tenaga pengajar akan tunjuk cara pegang KORD C .
aku dulu belajar gitar kena masuk kelas teori dulu 2 minggu . 
diajar cara nak pegang kord mengikut bacaan teori . 
memula bosan sikit . haha . 
aku ni jenis yg nak main gitar terus boleh main lagu .
 aku kurang nak teori2 ni . 
tapi pastilah ada teori jugak untuk melayakkan student keperingkat seterusnya .

■ PERFORMING ARTS 

Guru guru kat situ ajar cara2 nak beraksi depan
 khayalak ramai , entertain penonton , 
komunikasi dengan penonton , yang ni penting tau . 
maybe jugak ajar cara hilangkan 
darah gemuruh bila berada atas stage .

Apa macam best tak? of course best .
dah lah tenaga pengajar kat situ star star wey .
semua ada nama lah .
Mark adam . yang pemes lagu katak dia dulu tu .
Amir jahari lagu penghibur jalanan yang santai2 tu .
Adeep nahar - duet dengan isma af lagu Yaiyalah tu .
EWAL -  dia punya kelebihan aku boleh cerita banyak sikit .

■ EWAL 
Biography
Stage Name : EWAL / IQWAL

Age : 25 years (16 April 1992)



PROFESSION:

★ World Class Entertainer / Singer


★ Album Producer, Composer & Songwriter (Recorded his 3rd album ‘IQWAL~Made In Hollywood’ in Hollywood, Los Angeles, U.S)

AWARDS


★ The Winner Of ‘The Best International Artiste Awards’ in World Best New Talent, KODAK Theatre, Hollywood, Los Angeles,U.S

★ The Winner Of ‘Hollywood Industry Award’ in World Championship Of Performing Arts,

Hollywood, Los Angeles, U.S



★ The Winner of 4 Gold Medals & 1 Silver Medals In World Championship Of Performing Arts,
Hollywood, Los Angeles, U.S

★ The Winner Of ‘The Most Promising Artiste In ASEAN’ in ASEAN Golden Melodies 2011
in Ho Chi Minh City, Vietnam

★ Iqwal recognized by MALAYSIA BOOK OF RECORDS for being ‘The First Artiste To Record 1 Malaysia Album In 6 Languages’

★ ANUGERAH KHAS REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ICON & MENTOR)
The Ministry Of Youth & Sports Malaysia

Lepas lepak kat SUARA ACADEMY
masa untuk pulang pulak .
aku je yang kena balik .
sebab aku nak balik Negeri sembilan .
dorang orang subang jaya boleh sambung dinner plak.

Fendy hantar aku kat MRT mutiara damansara .
Hardcore betul rasanya bila turun kereta kat tengah jalan .
sebab fendy kata dia nak menyimpang arah lain .
time jem susah nak berhenti turunkan aku .
walaupun aku macam rasa tak yakin je nak turun .
aku turun jugak . thanks fendy tumpangkan sana sini sinun .
next time jumpa lagi .

tak sempat nak salam mama & semua .
semoga jumpa lagi .
Aku dari MRT mutiara damansara nak ke klsentral .
naik ke kaunter MRT tanya staff sana .
staff suruh turun kat MRT pusat bandar
damansara . amik bas terus ke klsentral .
Aku pikir balik .
nak kena turun amik bas lepas tu nak
 bas pulak dalam keadaan KL agak jem tu .
aku tak rasa 15 minit boleh sampai .

Jadi aku gerak macam bell cakap .
ke arah MRT sg buloh .
memang sah sah ada ktm terus ke KLsentral .
tapi bila sampai KTM sg buloh . menyedihkan pulak .
kena tunggu lebih kurang
1 jam 20minit lagi tren sampai .
itu pun tren ke pelabuhan klang .
bukan ke seremban .
pikir balik . kalau kena tunggu 1jam 20 minit
lepas tu kena turun klsentral pulak .
kena tukar tren lagi . masa tu pun dah 8.10mlm .
takkan nak sampai nilai pukul 12 malam?
mengamuk pulak abah den .

so bijak sikit lah walaupun agak mahal .
cari cab . bila cakap nak pegi klsentral je semua tanya .
 KTM tak boleh ke?
kalau boleh aku tak lah naik cab .
semua cab tak nak hantar .
serius sedih aku aihh .


bila teringat pasal bell cerita app grab car tu .
 saje2 lah test luck .
explore je . sekali tu dapat jugak hubungi grab car .
alang-alang 6 minit lagi dia sampai ke tempat aku tu ,
baik je driver tu . Bangsa cina .
lagi bagus budi bahasa dari pemandu teksi
 aku jumpa tadi , 20minit dia hantar aku
ke klsentral . sepanjang perjalanan borak je .
haha . grab car honda city weyh . berbaloi lah dgn harganya ,
terima kasih en grab car .

8.50 malam sampai aku kat klsentral .
berlari lari lah ke ktm arah seremban .
9.20 malam tren arah seremban sampai .
alhamdulillah 10.20 malam sampai nilai .
mintak abah aku amik . tak berani nak balik sendiri .
time macam tu nilai sentral dah sunyi sepi .
balik balik je explain kat parents . sebab takut dorang marah .
dorang tak marah cuma risau je .
fuhh lega wey sampai rumah .




Terima kasih EWAL belanja minum .
Terima kasih Mama myn tak pernah jemu 
realisasikan aktiviti untuk ESF .
Terima kasih fendy tumpangkan kereta untuk kesana kesini .
Terima kasih BELL dan Azz mengamatkan lagi suasana . 
korang sangat sporting dan supportive . 
salute Azz datang dari Johor baharu . Next time kita jumpa lagi .


No comments:

Search